Memandangkan anak-anak kita masih lagi kurang fokus pada UPSR yang akan tiba pada 9,10 dan 11 Sept., pada 22 April 2008, pihak sekolah mengambil inisiatif menjemput penceramah motivasi, Cikgu Bangidin Bedu (PK HEM SK Sg. Rawang) untuk memberi ceramah motivasi bertajuk 'Etika Pengurusan Diri Yang Cemerlang". Seramai 123 orang murid yang terlibat. Harap-harap budak-budak tu ada sedikit sebanyak kekesanan dalam hati mereka. Belajar nak! belajar, belajar, belajar. Itu kata Cikgu Bangidin. Harapan cikgu-cikgu agar murid-murid yang belum ada kesedaran ni, celik yang UPSR tidak lama lagi. Besar sangat harapan semua guru agar keputusan mereka lebih baik dari tahun 2007.
Program ini juga dibuat untuk murid-murid tahun 5. Sekali lagi beliau dipanggil untuk memberi ceramah pada 28 April 2008. Komen Cikgu Bangidin, respon adik-adik di tahun 5 ni lebih baik dari abang-abang mereka di tahun 6. Itu kena buat kajian tindakan tu..Harap-harap mereka ni dapat membuahkan keputusan yang cemerlang nanti.
Tuesday, April 29, 2008
Program Gotong Royong & Kem Bestari Solat Tahun 2,3 dan 4
Pada hari Sabtu 26 April 2008, JK 3K dengan kerjasama pekerja swasta telah mengadakan gotong royong bersama-sama semua murid tahun 5. Antara kerja-kerja yang telah dibuat adalah menanam pokok bunga, membersihkan longkang, membuat tempat duduk murid-murid, mengecat dan lain-lain. Staf pejabat pula membersih dan mengemaskan ruang pejabat kami yang sempit. Bila la agaknya kami boleh dapat bangunan tambahan?
Pada hari yang sama Kelas Bimbingan Tahun 6 berjalan seperti biasa.
Pada masa yang sama juga Guru2 jQAF dan guru Agama serta beberapa orang lain bertungkus lumus mengadakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid tahun 2, 3 dan 4.
Thank you teachers..
Nanti saya akan postkan gambar-gambar..
Wednesday, April 9, 2008
Staf pejabat
Rasanya sekolah ni kelam kabut kalau tak ada Kak Jah, Ros dan Sam. Kak Jah, gaji cikgu macamana? Duit panitia banyak lagi tak? Ros, tolong Kak Jah buat time based cikgu2 ya. Sam, mesyuarat pengurusan di PPD pukul berapa? Ana, hari ni budak-budak pra makan apa?Itu lah yang sering mereka dengar dari Guru Besar. Saya ni autokratik ke, demokratik ke, atau laissez-faire?. Ana tak ada dalam gambar. Nanti lain kali saya ambil ya.Thank you ladies..
Friday, April 4, 2008
petugas spr pru 12
Wednesday, April 2, 2008
perpisahan dan kehadiran



Pada 29 Mac 2008 hari Sabtu, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan telah mengadakan majlis perpisahan untuk Cg Rokiah bekas Penyelia Petang ke SK SG Rawang dan meraikan kehadiran penggantinya Cg Abd Mutalib serta


Cg Rosli dan cg Maimoon selaku Pengerusi dan Naib
Pengerusi serta semua guru telah juga mengadakan gotong royong menyusun semula Bilik Guru kita yang agak sempit.
Nampak lebih kemas dan selesa. Murid-m




pentadbir


Inilah barisan pentadbir yang telah banyak menyumbangkan khidmat bakti demi anak murid tersayang. Seorang Guru Besar wanita dibantu oleh 4 orang penolong kanan jejaka tampan..
Timba lah ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin dan amalkan yang terbaik kerana satu hari nanti cikgu juga akan memikul tanggung jawab yang lebih besar. InsyaAllah..
Hala tuju sekolah
Sebuah sekolah harian biasa di Desa Putra mempunyai 2 sesi persekolahan dengan murid seramai 777 orang dan guru serta staf hampir 60 orang. SK Desa Putra terletak di daerah Sepang, Selangor.
Visi sekolah - SKDP menjana warga berkualiti menjadi sekolah cemerlang di daerah Sepang menjelang 2011.
Misi sekolah - memberikan pendidikan berkualiti kepada pelajar melalui pendekatan bersepadu bagi melahirkan modal insan terbilang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Moto sekolah - Berilmu Beramal Beriman
Subscribe to:
Posts (Atom)