Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru 16 mei 2008

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga SK Desa Putra khususnya dan rakan-rakan amnya. Selamat meneruskan tanggungjawab kita yang sungguh mulia.

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif

Banding & Beza Di Antara Pembelajaran Koperatif Dan Pembelajaran Kolaboratif

horizontal rule

Sumber: Matthews, Roberta S.; Cooper, James L.; Davidson, Neil; Hawkes, Peter. Building bridges between cooperative and collaborative learning

Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif.

Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif.

Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolaboratif

Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif

Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.

Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid.

Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi.

Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawap atas pembelajaran diri sendiri.

Kedua-dua bentuk pembelajaran menghendakkan pelajar menyampaikan idea dalam kumpulan kecil.

Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan.

Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan kejayaan pelajar dan ingatan pengetahuan.

Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian pelajar.

Perbezaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolabaratif

Dalam Pembelajaran Koperatif...

Dalam Pembelajaran Kolaboratif

Pelajar menerima latihan dalam kemahiran berkumpulan dan sosial.

Adalah dipercayai bahawa pelajar telah memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik.

Pelajar-pelajr merunding dan mengorganisasi usaha sendiri.

Guru memantau, mendengar dan mencampur tangan kegiatan kumpulan jika perlu.

Aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru. Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan.

Pelajar dikehendai menghantar kerja di akhir pelajaran untuk dinilai.

Pelajar menyimpan draf kerja untuk kerja-kerja lanjutan.

Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru.

Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru.

horizontal rule
Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
13 Mei 2000

Friday, May 2, 2008

English Week 2008




Hari ini 2 Mei 2008 panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan acara kemuncak Minggu Bahasa Inggeris yang melibatkan semua tahun. "Colouring Contest, Cursive Writing, Talent Time and Spelling Contest adalah antara acara yang diadakan. Bagus juga sekali-sekala murid-murid enjoy belajar English Language. English is Fun. Itulah yang ingin diterapkan supaya semua murid minat belajar subjek yang susah ni. Tahniah kepada Panitia B.Inggeris! Good job! Terima kasih juga kepada guru-guru yang bantu sama.

Tahniah juga kepada pasukan "Action Song" yang menjuarai peringkat daerah Sepang dan tempat ketiga negeri Selangor. Hope you will do better next year..